Friday, July 26, 2013

promosi HARI RAYA

Assalamualaikum readers.. ehem2, tak sampai 2 minggu je lagi kan kita dah nak raya.. sekejapnya rasa.. cepat betul masa berlalu kan korang.. actually sempena nak menyambut hari raya ni, kami dari firaz's item nak buat promosi besar-besaran.. mungkin ada yang nak beli powerbank lebih dari satu pcs untuk ahli keluarga yang lain.. nanti nak pergi beraya pun senang, kalau betri telefon tu cepat habis sebelum korang abis beraya, korang boleh sambil-sambil cas guna powerbank.. yelah, time raya ni la nak bergambar sakan pun kan.. kalau dah cas, nak beraya dari pagi sampai malam pun boleh.. hehe.. kami buat promosi 2 pcs powerbank dengan harga RM190 je, wow berbaloi-baloi kan.. haa, selain tu, kalau beli dua pcs powerbank, korang boleh beli pendrive 3D kami dengan harga yang ISTIMEWA tauu.. boleh la beraya sakan tahun ni dengan powerbank tu.. pusing satu MALAYSIA dalam satu hari pun boleh.. hehe.. kalau nak beli, boleh PM kami di official page kami ye!! Hepi shopping!!!

Saturday, July 20, 2013

Tips penjagaan POWERBANK

Ramai pengguna powerbank tidak tahu atau tidak sedar powerbank juga memerlukan penjagaan dari si pengguna kerana powerbank juga merupakan salah satu alat eletronik. Seperti yang diketahui umum, powerbank adalah salah satu cara untuk membantu anda yang kehabisan betri di dalam keadaan yang getir.. sebagai contoh anda dalam perjalanan ke suatu destinasi tetapi dalam perjalanan, betri handphone anda lack, powebank dapat membantu untuk mengecas semula betri handphone anda.. jangan anda tidak tahu, powerbank boleh mengecas apa sahaja alat eletronik seperti PSP, GPRS dan kamera korang.. hehe.. ni tips terbaik untuk korang. Lepas korang beli powerbank tu dari kami, jaga la dengan baik, first dapat powerbank tu korang kena cas dulu 8 jam macam korang mula2 beli handpone korang dulu tu. Then antara cara untuk memastikan kualiti sistem powerbank sentiasa dalam keadaan terbaik ialah cas powerbank apabila baki kuasa atau power kepada powerbank korang tu tinggal dalam 10 % je. atau lebih senang korang nak tahu bila LED powerbank korang tu kurang dari 1 bar je. Korang cas powerbank dalam tempoh 12 hingga 16 jam tau.. Selamat mencuba.

PS : sesiapa yang nak membeli powerbank tu boleh pm kami ni facebook page kami ye.. hehe.. harga terbaik buat korang.. =)

bila dah start BURST UP

Assalamualaikum dan salam 11 Ramadhan.. bila business dah start slow ni kena la amik inisiatif baru kan.. Alhamdulillah sebab dari inisiatif yang kami ambil tu, dah dapat tarik a few buyers yang berminat dengan barangan dan produk yang kami jual.. especially POWERBANK YOOBAO tu.. syukur sangat dengan rezeki yang ALLAH berikan.. walaupun bisnes tak sehebat orang lain tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan takde lansung complain dari customer.. so bila dah ramadhan pun dah start berlalu dan SYAWAL hampir menjelma, kami pun kena up barang baru la kan.. hehe.. buat sementara ni, kami up produk kecantikan sebab biasanya time nak raya semua nak cantik2 kan.. ni few item yang kami ambil secara kecil-kecilan dulu, InsyaAllah kalau jualan memberangsangkan, kami akan cuba buat diskaun besar-besaran supaya pembeli semua mendapat manfaat darinya.. jom tengok item baru dari kami......

Ni aurawhite dengan free gift sekali

Ni aurawhite perisa terbaru, CHOCOLATE dengan free gift jugak

Auraslim bagi yang berminat tampil KURUS dihari raya.. dengan freegift yang berbaloi2

ni DIAN'z , berfungsi sebagai ejen pemutih dan merawat dalaman, dari pengasas muda tau, rugi tak beli.. hehe

PS : nak order boleh PM saya dekat fb tau, lagi mudah kalau kita kenal2 dan berurusan.. hehe.. we serve u better.. ceewahh.. haha

Thursday, July 18, 2013

TIPS penjagaan PENDRIVE

Okay kali ni kami nak bagi tips penjagaan pendrive pada buyers or users pendrive.. Actually menjaga pendrive ni tak susah mana pun tapi korang kena faham konsep pendrive tu macam mana, ia adalah komponen yang mudah terjejas disebabkan beberapa faktor seperti haba dan cecair. Dekat sini ada beberapa tips untuk korang especially yang dah membeli PENDRIVE dari page FIRAZ ITEM tu ye.. baca dengan teliti dan amalkan..

1. Ikuti prosuder yang betul setiap kali mencabut pendrive dari port USB
Biasakan diri melakukan proses eject atau berhenti sebelum mengambil pendrive daripada USB port. Ini dapat mengelakkan pendrive daripada berlakunya kerosakkan dan dapat menyelamatkan data yang terkandung di dalam pendrive.

2. Elakkan menyunting secara lansung daripada pendrive
seperti produk lain, pendrive juga memiliki jangka hayat. Ini bermakna ia akan rosak atau tidak berfungsi pada suatu hari nanti. Jika dilihat pada spesifikasi jangka hayat pendrive ni, biasanya berada di sekitar 10,000 - 100,000 baca dan tulis . Oleh itu, kita boleh memanjangkan jangka hayat pendrive tersebut dengan TIDAK menyunting data secara langsung dari pendrive tersebut. Amalkan menyunting data pada hard disk terlebih dahulu sebelum memindahkan kepada pendrive anda. Dengan cara tersebut dapat meningkatkan jangka hayat bagi satu-satu pendrive.

3. Amalkan pengimbasan ANTIVIRUS secara sistematik.
Ini dapat mengurangkan kadar jangkitan virus kepada pendrive anda serta dapat mengurangkan kebarangkalian kehilangan data didalam pendrive.

4. Elakkan daripada terkena AIR
Walaupun terdapat segelintir pengeluar yang mendakwa produk mereka kalis air tetapi seboleh-bolehnya elakkan daripada terkena air atau basah. Sekiranya pendrive anda terkena air, pastikan anda mengeringkan nya dahulu sebelum memasukkan ke dalam USB port. Jemurkan di bawah panas terik atau gunakan pengering rambut. InsyaAllah pendrive anda akan berfungsi secara normal.

5. Hindari dari MAGNET
Menjadi kebiasaan setiap produk elektronik yang boleh menghasilkan medan magnet seperti televisyen dan telefon tangan adalah tidak baik bagi pendrive, jadi jangan biarkan pendrive anda diletakkkan berhampiran dengan peralatan elektronik demikian.

6. Elakkan daripada suhu yang terlalu TINGGI
Suhu yang terlalu tinggi juga akan memberikan kesan negetif kepada pendrive anda. Jadi jauhkan pendrive anda daripada suhu yang teramat tinggi. especially OVEN PANAS.. hehe

7. Jangan defrag pendrive anda
Pendrive tidak seperti hard disk yang biasa berputar secara bergelendongan. Pendrive mempunyai zon lambat dan zon pantas. Data yang disimpan akan dibaca pada kelajuan yang sama daripada ruang cakera itu. Oleh itu, ianya tidak PERLU didefragment kerana ianya tidak mempunyai head dan cylinder. Mendefrag pendrive anda akan mewujudkan satu lagi write cycle padanya dan ini sudah tentu mengurangkan janga hayat pendrive tersebut.

PS: haa, macam mana dah habis baca? so sekarang boleh la mengamalkan tips2 yang kami beri ni.. supaya pendrive comel yang korang beli dari FIRAZ ITEM tu dijaga rapi.. selamat mencuba.. =)

DUGAAN berniaga

SALAM ramadhan all readers.. saya selalu terfikir kan, kenapa kadang2 orang tak faham kita pun manusia biasa jugak yang ada hati dan perasaan.. saya sedih bila memikirkan few customer yang kurang sopan, saya layan diorang cukup BAIK, cuba tanya customer2 yang pernah beli or contact dengan saya, memang saya pasti saya layan dengan cukup baik tetapi ada dua tiga orang yang tak dapat nak jaga pun percakapan diorang.. saya ni orang berniaga, tak cukup tangan nak layan semua tau.. sabar, satu2 dan pelan2 kita bincang kan boleh.. lagi satu customer yang saya pelik, bila dah diberi diskaun pun masih lagi ada yang tak berpuas hati, yang beli satu pun awal2 saya dah bagi diskaun kaw2 punya.. saya tak kisah kalau yang membeli tu sampai 3, 4 pcs sekaligus, ni beli 1 nak diskaun macam beli sepuluh je aih, dah dapat diskaun awal2 pun nak lagi diskaun.. kami nak MAKAN apa? modal pun tak lepas tau tak.. semua barang saya letak warranty supaya memudahkan customer, kalau rosak dalam tempoh warranty, boleh pulang dan tukar yang baru.. tapii masih ada yang kata macam2.. nasib la kami berNIAGA ni kan.. takpe2, saya masih ada customer yang baik hati dan percaya pada kami.. saya PEGANG kepercayaan diorang, insyaAllah ALLAH akan membantu kami..

PS : to all customer yang nak order barang boleh pm saya di fb atau SMS saya, saya akan beri diskaun okay.. FIRAZ

ITEM kami mula berniaga

Assalamualaikummm.. semangat nak update entri ni.korang mesti nak tahu kami bisnes apa kan, ala bisnes kecik2 je tapi buat online la.. setakat ni baru ada 200 likers, sobsob, sedey tau.. walaupun bisnes kecik2 tapi  Alhamdulillah rezeki Allah tu untuk kami tak pernah putus, syukur sangat.. Allah banyak membuka jalan dan memberi ruang untuk kami.. harap usaha kami selama ni tak sia2 insyaALLAH.. Kami ni bisnes jual pendrive kartun yang 3D tu, tahu tak? ha ni contoh gambar.

Bisnes kami pun ada turun naiknya, tak hebat mana tapi Alhamdulillah rezeki Allah untuk kami sentiasa ada.. lepas dah setel dengan 1st item kami tu, kami start dengan item kedua pulak, which is losyen yang datang dari korea.. L-GLUTATHIONE kalau tak silap namanya.. nak tengok? jap ea.. tudiaa..


 
tu item kedua untuk page kami la, tapi buyers tak ramai la nak beli lotion tu, kami pun tak tahu kenapa, saya tengok elok berkesan je, sekali sapu kat kulit terus nampak putih gitu.. kalau nak jadi kulit ala-ala korea sesuai la pakai.. hehe.. last and latest produk yang kami jual is POWERBANK YOOBAO.. yang ni memang seriusly sangat2 lah up to date, saya pun suka nak beli benda ni.. nak tengok powerbank mcm mana yang kami jual? ni diaaa...



tudiaa powerbank kami haa, kelas kau jah.. haha.. kalau beli powebank ni confem memudahkan korang sebab kadang2 korang nak pergi mana2 kan susah, yelah kadang2 tak bawak charger ke rumah saudara, or kalu korang tengah jalan2 kat shopping mall dan betri abis takkan korang nak pinjam charger dari kedai telefon pulak kan.. hehe .. boleh beli ni buat travel, mudah kan?..


ni pulak item ke-4 kitorang , tapi powerbank jugak la sebab ada yang bertanya capacity powerbank yang lebih sedikit atau kecil.. ni yelah yang dapat kami cari jenama mars dengan capacity 2200mAh je.. boleh ni untuk sekali cas tapi enfone saya tak boleh la sebab betri capacity besar.. hehe.. kalau korang ada hati or teringin nak membantu kami ni boleh la beli ITEM2 yang kami jual ni.. insyaAllah saya dan partner dalam perancangan nak menambah item baru.. yeehhaa..

PS : Semua item ni still available tau, kalau korang berminat nak beli jenguk2 la page kami kat FIRAZ ITEM .. korang pm je, or SMS kami, insyaALLAH akan berjawab.. hehe tq readerss..

admin kepada FIRAZ item

kami tak tua, kami tak muda, umur kami 21 tahun dan baru tamat belajar DIPLOMA masing2 bulan 4 dan 5 yang lepas, dua2 dalam jurusan pedagangan, saya Diploma Sains Kesetiausahaan manakala partner saya Diploma Perbankan dan Kewangan Islam. Opps terlupa ya, nama diberi Azisadliyatul Husna dan partner saya pula Muhammad Fikri.. baru berjuang dalam bidang perniagaan, mula berniaga awal tahun 2013.. saya adalah suri rumah sementara waktu, manakala partner saya bekerja di sebuah syarikat di petaling jaya. buat sementara waktu masih belajar dunia dan selok belok perniagaan yang sedang berkembang maju. kalau nak bertanya lebih lanjut pasal partner saya boleh sms dia kat nombor fone dia tu, pasal saya pun boleh.. haha ... daannn yang paling penting dua2 masih belum berkahwin.. hahaha.



PS : hensem tak? hahaha