Thursday, July 18, 2013

Pengalaman mula BERNIAGA

Assalamualaikum.. kat sini nak cerita serba sedikit pasal pengalaman kitorang yang susah payah nak mula berniaga online ni.. kalau korang rajin, baca lah sampai habis.. perkara pertama yang kami buat adalah mencari jenis item yang nak dijual.. punya lah berbalah, last2 setuju jugak beli pendrive 3D yang kartun comel2 tu.. partner saya cakap item tu tengah hot dekat student.. saya setuju dan kami pun cari supplier sebab nak beli item tu.. cari2 supplier jumpa la supplier cina nak jual borong, harga dia boleh tahan la jugak, tapi disebabkan dah nekad nak berniaga, saya dengan partner pun keluarkan modal.. masing2 time tu tengah kering sangat, saya pun sampaikan rasa macam taknak tapi sebab dah nekad, buat jugak.. saya amik duit belanja makan harian saya tu untuk melabur dalam BISNES kami.. rasa macam nak nangis tu ada jugaklah sebab duit tu abah baru je bagi, uwaa.. item kami pesan tu hantar dekat poli, pagi2 lepas saya dapat tahu barang saya dah sampai ke poli, semangat gila lah saya datang awal semata2 untuk ambil barang, excited sangat.. lepas dapat tu terus saya buka depan KAWAN2 kelas saya, apa lagi diorang habis serbu barang saya dan saya jual time tu jugak. Alhamdulillah rezeki pertama terjual dalam 11 pendrive dan cash dalam tangan.. time tu rasa SYUKUR yang teramat sangat.. pas pulak barang dekat partner saya untuk dia promot pada budak kelas dia, tapi sayang sebab tak ada yang nak membeli, time tu partner saya down dan hilang semangat, for sure kami gadoh2 sikit sebab tak ada jualan kan.. tapi takpe, semangat mesti diteruskan.. tak kisah apa orang nak kata kan..


Bila start dengan perniagaan online pulak, saya start create page dekat facebook, kalau tak silap 22 mac 2013 rasanya, bila dah siap tu, saya promot dekat kawan2 terdekat.. tiap2 hari saya akan online guna wifi tab kawan saya untuk update status macam2.. time tu hanya Allah je yang tahu, saya cuma ada 21 likers and takde buyer lansung pun walaupun dah hampir seminggu BERNIAGA.. saya pulak yang dah start rasa macam hilang arah, yelah modal invest hampir seribu dan takde apa2 keuntungan pun lagi, modal pun belum cukup.. mula lah rase macam dah give up, saya simpan semua barang2 niaga dalam almari dan tutup.. partner  saya pulak yang taknak mengalah, tiap2 hari bagi kata2 semangat.. dia kata REZEKI ALLAH tu tak diduga.. slow2 kami bangkit dan promot page kami merata2.. Lepas tu, kami tambah item jualan kami lagi, partner saya sangat2 lah rajin nak mencari supplier merata.. dia lah yang banyak berurusan dengan supplier, sy kendalikan page dengan akaun serta urusan pos.. dan Alhamdulillah sekarang rasa macam nak bernafas tu dah lepas sikit sebab ramai yang tahu kami berniaga termasuklah saudara mara.. nanti saya update tentang siapa yang hadir untuk membantu kami dalam bidang ni.. =)

No comments:

Post a Comment