Thursday, July 18, 2013

TIPS penjagaan PENDRIVE

Okay kali ni kami nak bagi tips penjagaan pendrive pada buyers or users pendrive.. Actually menjaga pendrive ni tak susah mana pun tapi korang kena faham konsep pendrive tu macam mana, ia adalah komponen yang mudah terjejas disebabkan beberapa faktor seperti haba dan cecair. Dekat sini ada beberapa tips untuk korang especially yang dah membeli PENDRIVE dari page FIRAZ ITEM tu ye.. baca dengan teliti dan amalkan..

1. Ikuti prosuder yang betul setiap kali mencabut pendrive dari port USB
Biasakan diri melakukan proses eject atau berhenti sebelum mengambil pendrive daripada USB port. Ini dapat mengelakkan pendrive daripada berlakunya kerosakkan dan dapat menyelamatkan data yang terkandung di dalam pendrive.

2. Elakkan menyunting secara lansung daripada pendrive
seperti produk lain, pendrive juga memiliki jangka hayat. Ini bermakna ia akan rosak atau tidak berfungsi pada suatu hari nanti. Jika dilihat pada spesifikasi jangka hayat pendrive ni, biasanya berada di sekitar 10,000 - 100,000 baca dan tulis . Oleh itu, kita boleh memanjangkan jangka hayat pendrive tersebut dengan TIDAK menyunting data secara langsung dari pendrive tersebut. Amalkan menyunting data pada hard disk terlebih dahulu sebelum memindahkan kepada pendrive anda. Dengan cara tersebut dapat meningkatkan jangka hayat bagi satu-satu pendrive.

3. Amalkan pengimbasan ANTIVIRUS secara sistematik.
Ini dapat mengurangkan kadar jangkitan virus kepada pendrive anda serta dapat mengurangkan kebarangkalian kehilangan data didalam pendrive.

4. Elakkan daripada terkena AIR
Walaupun terdapat segelintir pengeluar yang mendakwa produk mereka kalis air tetapi seboleh-bolehnya elakkan daripada terkena air atau basah. Sekiranya pendrive anda terkena air, pastikan anda mengeringkan nya dahulu sebelum memasukkan ke dalam USB port. Jemurkan di bawah panas terik atau gunakan pengering rambut. InsyaAllah pendrive anda akan berfungsi secara normal.

5. Hindari dari MAGNET
Menjadi kebiasaan setiap produk elektronik yang boleh menghasilkan medan magnet seperti televisyen dan telefon tangan adalah tidak baik bagi pendrive, jadi jangan biarkan pendrive anda diletakkkan berhampiran dengan peralatan elektronik demikian.

6. Elakkan daripada suhu yang terlalu TINGGI
Suhu yang terlalu tinggi juga akan memberikan kesan negetif kepada pendrive anda. Jadi jauhkan pendrive anda daripada suhu yang teramat tinggi. especially OVEN PANAS.. hehe

7. Jangan defrag pendrive anda
Pendrive tidak seperti hard disk yang biasa berputar secara bergelendongan. Pendrive mempunyai zon lambat dan zon pantas. Data yang disimpan akan dibaca pada kelajuan yang sama daripada ruang cakera itu. Oleh itu, ianya tidak PERLU didefragment kerana ianya tidak mempunyai head dan cylinder. Mendefrag pendrive anda akan mewujudkan satu lagi write cycle padanya dan ini sudah tentu mengurangkan janga hayat pendrive tersebut.

PS: haa, macam mana dah habis baca? so sekarang boleh la mengamalkan tips2 yang kami beri ni.. supaya pendrive comel yang korang beli dari FIRAZ ITEM tu dijaga rapi.. selamat mencuba.. =)

No comments:

Post a Comment